SEGALANYA. . . .

Segalanya tidak mudah pada awalnya...
sungguh, amat memeritkan...
tatkala itu, aku berasa dunia ini telah menentang aku...

ibuku, rakan-rakanku malah sang bekas buah hati juga...
aku berasa amat kecewa bukan kerana aku benci SERTA MERTA..
malah, aku tidak pernah sangka..betapa sanggupnya seorang hamba Allah yang aku kagum dengan keperibadiannya...mampu meninggalkan luka sebgitu dalam...
amat dalam...

aku tidak mengerti dan tidak mahu mengerti...
tetapi, yang aku sedari adalah aku NAIF !
terlalu mudah mempercayai manusia dan berikan kepercayaan 100% kepada beliau...
kerna, aku berpegang kepada prinsip dongeng lagi bodoh "kepercayaan adalah segalanya"..
ya, ianya tidak dongeng mahupun bodoh dalam semua perkara..
tapi, aku yang bodoh dalam memegangnya...

pada saat itu, aku merasakan dunia ini gelap.
aku berseorangan.
semua tinggalkan aku...
sungguh dahsyat, perancanganNYA untuk aku...

aku ibarat jatuh tersungkur, lalu diheret lagi di atas jalan tar yang kasar.
dipijak-pijak..
sakit
sakit. . .

aku yakin dan sedar, ini adalah ujianNya..

pada tarikh tersebut...
aku hampir hilang nyawaku...
kerna aku rasa kosong..

tapi, Allah itu maha Esa...
ibarat di sedang membuka pintuNya untuk aku kembali memohon kepadaNya..
ini kerana, aku terlalu berharap pada manusia...
Allahu...

hari demi hari berlalu...
aku berkurung selama seminggu lebih, mungkin 2 minggu ?
berbekalkan potato chips sahaja sebagai makanan ku..
kerna aku ego, untuk turun ke dapur menajamah masakan ibu aku..

aku cuma kecewa, kerana tidak mendapat sokongan dari beliau...
ya, beliau mempertahankan si Dia...

aku pula, seorang yang sangat berahsia..mungkin ?
hal ini kerana, aku tidak pernah tunjuk perasaan aku atau apa jua yang aku alami selain kegmbiraan di hadapan keluarga..

oleh itu, ibuku mudah dicucuk kerana aku tidak pernah bercerita sebarang masalah kepada ibuku..

makan masa yang agak panjang untuk aku memaafkan orang lain yang terlibat, kerana 'kecewa' ..

itulah aku...

bagiku, 'new year 19'' aku pada tahun ini terlalu hambar..tiada apa-apa makna..dan keseronokkan ? kerana sudah lama keadaan tidak indah...

jadi, aku nekad untuk mulakan tahun baru aku pada tanggal 1 Februari 2019.

itulah detik ataupun tarikh yang aku bangkit hari demi hari...
hinggalah hari ini...

sesungguhnya, move on itu tidaklah 100% berlalu..kerana memori itu masih berbaki di dalam kepala..
cuma, ya..redha...

aku bersyukur, Allah nak ajar aku tentang redha ? mungkin...

dalam 1 peristiwa..aku berlajar banyak perkaea...
tentang, keluarga, rakan, masyarakat, dan pelbagai...

aku yakin, ada hikmahNya..

bersyukur juga, pabila Allah temukan aku dengan seseorang seegitu DAHULU...
maka, di masa akan datang..mungkin aku lebih aware ?

alhamdulillah..inshaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

health.

I DON'T KNOW . . .